Jumaat, 26 Jun 2015

UMRAH 2015 ( KLIA2 - JEDDAH - MEKAH )





Salam Alaik...

Bertemu lagi..syukur dipanjangkan umur..
Bulan lepas aku janji nak stori mori pasal pengalama aku mengerjakan umrah bersama keluarga. Alhamdulillah, hampir sebulan dah balik Malaysia baru berkesempatan nak update blog untuk kongsi kenangan-kenangan indah sepanjang aku dan keluarga mengerjakan umrah.
Ok jommmmmmm......



We are ready to fly
Malam sebelum berangkat ke Kuala Lumpur. Aku berlepas dari Kota Kinabalu  n esoknya jumpa keluarga aku kt KLIA2 je nanti. Beg tu dapat free dari Andalusia Travel.
Posing sementara menunggu taklimat oleh wakil dari Andalusia Travel.
Kumpulan kami dipilih untuk masuk ke Mekah terlebih dahulu. Disebabkan aku tgh period masa tu  cepat-cepat pegi cari ustaz Mutawwif untuk tanya masalah aku n dia nasihatkan supaya aku niat ihram bersyarat supaya kalau sampai tarikh keluar dari Mekah nanti aku belum suci lagi jd aku bolehlah buat tahalul..Dalam hati masa ini sentiasa berdoa supaya cepat-ceptlah habis period aku..Rugi lah kan kalau pergi sana tapi cuma duduk releks2 kat hotel jer...
Tu gambar beg-beg ahli kumpulan kami. Wakil Andalusia bagitau seramai 121 orang termasuk kami sekeluarga akan bertolak malam tu.

Nametag aku..amboi tembamnya....hehehe



Jumaat, 15 Mei 2015


15 Mei 2015

Bismillahirrahmanirrahim...

yeyeyeyeeeeeee.....
Harini last keja sebab esok da mula bercuti ( senyum sampai telinga je sehari ni). Masa dan waktu rasa macam tak terasa..maklumlahhh..nak mula cuti lama =)
Insyallah, esok aku fly ke KL  untuk memulakan permusafiranku.
Hari Ahad mula berkumpul dengan family kt airport sebab kitorang akan bertolak ke Jeddah pada pagi Isnin. Perasaan???? Jangan ditanya...opkos seronok yang teramat..pertamanya sebab nak mula cuti (maklumlah dah 2 bln tak jumpa family), keduanya sebab kami sekeluarga akan bersama-sama menunaikan umrah. Seronok tuuuu....thn 2004 dulu aku pergi cuma dengan mak, abah n nenek jer. Seronok jugak masa tu, tp tak sangka kali ni aku terpilih lagi untuk menjadi tetamu Allah...Alhamdulillah....syukurrrrr...kali ni 2 orang adik aku dan 2 orang makcik aku pun ikut sekali..kira macam aku akan jd leader la nanti, boleh tunjuk ajar sket2 kt diorang. Harapnya segalanya berjalan dengan lancar tanpa ada halangan dan ujian...kira smoothhhh kata ongputeh..hehe
Insyallah nanti aku continue citer2 plus picture sepanjang kami disana.

Oh ya, harini 15 Mei sebenarnya adalah hari lahir arwah kak long. Sedih plk bukak fb pg tgk Hakimi (anak kak long) update status wish besday kt ibu dia...semoga hakimi jadi anak yang tabah dan cekal untuk meneruskan hidup ini. Untuk arwah kak long, aku tak pernah lupakan dia.. semoga kak long tenang dialam sana. Aku akan terus sedekahan bekalan utk dia selagi aku masih hidup...insyallah...
alfatihah untuk arwah kak long........


Khamis, 30 April 2015



AKU DAN APRIL ;)

Bulan ni sejujurnya takde apa yg menarik untuk dikongsi. Pejam celik kejap je dah berada dipen
ghujung bulan April. Ini bermakna tinggal lagi lebih kurang 2 minggu untuk aku dan keluarga menunaikan umrah. Tiap hari aku berdoa semoga dipermudahkan segala urusan aku dan aku juga berdoa semoga Allah swt jadikan aku seorang insan yang penyabar. Sebenarnya sejak akhir-akhir ni yang aku perasan dalam diri aku macam cepat sangat naik angin dengan perangai manusia yang tak sedap kt penglihatan aku..rasa cepat je nak meradang n panas hati..lepas solat aku istighfar banyak2..risau jugak sebenarnya...aku tak naklah perangai gila ni terus melekat kt aku lagi2 nak menjejakkan kaki ke tanah suci tak lama lagi. 
Tolong sama2 doakan aku supaya jadi seorang yang penyabar yer! 
Aku nak jadi insan yang sentiasa bersyukur dengan rahmat dan anugerah yang Allah dah berikan kat aku n aku nak hidup gembira selalu...

A.D.I.O.S =)


Jumaat, 20 Mac 2015

19 Mac, 20 Mac, 21 Mac




Tiga tarikh yang bermakna dalam hidup aku..bukan bermakna tarikh2 lain takde makna cumanya sebab tarikh ni duduknya bersebelahan jer...terrrrsangat penting dalam hidup aku. Tarikh yang mampu buat aku gembira dan sedih.

19 Mac - Hari lahir abah. Tahun ni genap setahun abah bersara dari berkhidmat sebagai penjawat awam. Dari pemerhatian aku abah sebenarnya masih lagi mencari aktiviti yang dia perlu buat untuk habiskan masa sehari. Maklumlah orang dah lama bekerja dan dia sebenarnya masih kuat untuk bekerja. Dengan keadaan persekitaran rumah tempat kami tinggal lagi yang membuatkan dia mcm tercari2 aktiviti yang nak dibuat. Yerlah, kalau dok kt kampung blh gak tanam2 pokok, cabut2 rumput..Ni dok umah kt kawasan taman mana la dapat nak buat aktiviti mcm kt kg..semuanya terbatas :)
Tapinya abah tetap lepaskan gian dia sebagai anak jati kampung dengan menternak ayam2 kt belakang rumah (tu pun ada org komplen ayam dia berkeliaran) hahaha...
SELAMAT HARI LAHIR ABAH :)

20 Mac - Hari paling bermakna sebab harini hari lahir aku. Alhamdulillah, tahun ni 2015 masih diberikan peluang untuk hidup dengan tenang, aman dan damai sebagai hamba Allah, sebagai anak kepada kedua mak dan abah, sebagai kakak kepada adik beradik...syukur alhamdulillah...
Pertambahan angka umur buat aku rasa oh aku perlu matang supaya sesuai dengan pertambahan angka dalam usia 3plus hokeyyy.
Ramai kwn2 yg mendoakan aku supaya bertemu jodoh..aku aminnnnnnnnnkannn lama2 =)
SELAMAT HARI LAHIR UNTUK DIRI SENDIRI...

21 Mac - Hari paling sedih buat kami sekeluarga..
Dua tahun lepas tarikh ni adalah tarikh KAK LONG dijemput ilahi. Dia sorang je kakak aku. Oh sedihnya....
Kak long meninggal dunia masa dia baru bangun tido. Sebelum tu sempat jugak dia tanya kt suami dia nak masak apa untuk makan malam dan suami dia jawab masak apa2 jer..selang 2-3 minit lepas tu dia jatuh dari katil (masa dia baru bangun tido dia duduk kt tepi katil dan suami dia baring kt bawah sambil tengok tv) Kak long jatuh kt atas badan suami dia...
Oh ya, kak long ada sorang je anak. Dalam erti kata lain aku hanya ada sorang je anak saudara yang masa tu berada di tingkatan 1 dan waktu kak long pergi buat selamanya tu anak dia ada kt sekolah.
Aku, abah, Mak n ain (adik aku) terbang ke kuala lumpur malam tu jugak lepas dapat tau berita kak long meninggal dunia..oh sedihnya....
Mak orang yang paling sedih sebenarnya..sebab kak long anak mak. kak long rapat dengan mak..
Sebelum ni aku suka bgtau kak long yang aku ni anak kesayangan abah sebab kelahiran aku ke dunia ni umpama hadiah hari lahir untuk abah sebab kami bersebelahan tarikh lahir.
Rupanya kak long pun nak dia diingati dan disayangi sampai bila2...dia meninggal dunia pada tarikh sehari selepas hari lahir aku dan dua hari lepas hari lahir abah...
ALFATIHAH UNTUK KO KAK LONG...aku tak pernah lupa sedekahkan fatihah untuk bekalan ko kt sana sebab aku tau tu je bekalan berterusan untuk ko....huhuhu


Gambar kenangan masa kecik aku dan kak long
( Aku yang bajet2 comel tu )




Jumaat, 13 Mac 2015

Saya budak baru belajar ;)


Assalamualaikum...

Saya budak baru belajar..
kalau salah tolong tunjukkan..

hehe...sebenarnya saya baru je belajar buat blog ni. Sesaje je nak menjebakkan diri dengan dunia ke'blog'an ni walaupun peluang untuk buat tu dh lama tersedia didepan mata.
Mulanya berminat baca kisah dan pengalaman hidup orang lain, tetiba jadi berminat plk nak join sekaki menceburi dunia taip menaip dan luah meluah ni..mcm syok je kann..
Mana tau anak cucu cicit kita boleh baca suatu hari nanti ( walaupun sebenarnya hingga ke saat ini masih single mingle lagi )
oklah, Insyallah..kalau ada masa sambung lg nanti...